UPCOMING EVENTS

Upcoming Events

SETIAP ISNIN - RABU - SABTU

PROGRAM MINGGUAN MUSLIMAH MDARNI

Kelas Mingguan Muslimah

KULIAH MINGGUAN MUSLIMAH

Kuliah dijalankan di dewan Kuliah, Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman setiapp minggu seperti berikut:

Isnin – 9 hingga 10.30 pagi:

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Hambali Abdul Rahman (Imam Masjid Jamek Bandar Baru Uda)

Rabu – 9 hingga 10.30 pagi: Kelas Iqra oleh Ustazah jemputan

Sabtu- 9 hingga 10.30 pagi:

Kuliah Talaqqi oleh Ustaz Muhammad Zaydee (Imam Masjid Daing Abdul Rahman)

 

23 - 25 Disember 2019

KEM ANAK SOLEH & PROGRAM "BACK TO SCHOOL"

Kem Anak Soleh MDARNI
Tarikh: 23 – 25 Disember 2019
Hari : Isnin – Rabu
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Sasaran peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah

Program Back To School MDARNI bagi tahun 2019

Program untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa/ penjaga dalam menyediakan keperluan pelajar / anak-anak bagi menghadapi musim persekolahan sesi tahun 2020.

Syarat kelayakan:

Keutamaan kepada ahli kariah MDAR golongan B40
Tarikh tutup permohonan:
18/12/2019, Rabu Jam 7.00 malam

Anak- anak yang layak menerima bantuan masjid WAJIB mengikuti Kem Anak Soleh MDARNI secara percuma

Maklumat Acara

Kem Anak Soleh MDARNI 2019


Tarikh: 23 – 25 Disember 2019
Hari : Isnin – Rabu
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Sasaran peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah

PENEKANAN KEPADA ASAS FARDU AIN
– wudhu – solat – asas tajwid dan hafazan surah lazim Al Quran – azan dan iqamah – slot motivasi menerusi sirah nabawiyah

 

Objektif:
1. Membentuk keperibadian diri yang unggul dan berdisiplin tinggi serta bersahsiah cemerlang.
2. Membantu menerapkan perkara asas Fardhu Ain dalam ibadah seharian di kalangan pelajar bagi membangun jiwa yang berwawasankan akhirat.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilal Raffi (0127462290)

Link pendaftaran: https://forms.gle/LMrBWNKTSnoB7Uh77

Program Back To School MDARNI bagi tahun 2019

Program untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa/ penjaga dalam menyediakan keperluan pelajar / anak-anak bagi menghadapi musim persekolahan sesi tahun 2020.

Kami ingin menjemput semua yang berkelayakan untuk mengisi borang permohonan bantuan tersebut pada link di bawah ATAU boleh datang ke pejabat masjid bagi mengisi borang permohonan secara manual.

Syarat kelayakan:

Keutamaan kepada ahli kariah MDAR golongan B40
Tarikh tutup permohonan:
18/12/2019, Rabu Jam 7.00 malam

Anak- anak yang layak menerima bantuan masjid WAJIB mengikuti Kem Anak Soleh MDARNI yang akan berjalan dari 23/12/2019 hingga 25/12/2019 secara percuma

Sebarang pertanyaan: hubungi Imam Imran (0192533893) atau Imam Zaydee (0135095390)

Link borang pendaftaran (boleh whatsapp untuk mendqpatkan borang): https://forms.gle/8iPWWmHxHhtX2XdR7

 
LINK BORANG PERMOHONAN KEM ANAK SOLEH & PROGRAM BACK TO SCHOOL (DOWNLOAD)

BANGUNAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN MUSLIMIN & MUSLIMAT - RUANG NIAGA

MDARNI menyediakan ruang untuk perbagai aktiviti di “bangunan aktiviti kemasyarakatan muslimin dan muslimat”.
Objektif utama MDARNI ialah untuk membantu masyarakat, peniaga dan yang utama sekali adalah untuk menarik seramai mungkin jemaah ke Masjid. Oleh itu, kami menjemput muslimin dan muslimat bagi mengisi ruang yang disediakan seperti berikut:

Petak 1

Petak Ruang 1: Sesuai untuk aktiviti kafe/restoran

Petak 2

Petak Ruang no 2: sesuai untuk kedai gunting rambut lelaki atau lain-lain

Petak 3

Ruang no 3 : sesuai untuk produk (BMF) atau RM 2, muslim produk dan lain-lain

Petak 4

Ruang no 4: sesuai untuk kedai jubah, tudung, barang cenderahati masjid, umrah & haji

Petak 5

Ruang no 5: sesuai untuk dijadikan kedai jahitan atau ruang pejabat atau lain-lain cadangan dialukan

Petak 6

Ruang no 6: sesuai untuk ruang pejabat, terapi kesihatan untuk lelaki atau lain - lain cadangan dialukan

Sekiranya berminat, Tuan /Puan boleh memberikan proposal cadangan yang mengandungi pengalaman, kepakaran / kompetensi /persijilan yang ada / keperluan khas sekiranya ada.  Permohonan boleh dihantar ke pejabat pengurusan MDARNI sebelum 31/12/19
 
Terma dan syarat serta kadar sewa akan ditentukan kemudian.

BORANG PERMOHONAN RUANG NIAGA DI MDARNI