Assalamualaikum & Selamat datang ke

MASJID DAING
ABDUL RAHMAN

“Satu satu masjid unik di Johor”

– Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor

Salam Aidil Fitri 1445H

PROGRAM INFAQ PEMBELIAN VAN JENAZAH MDAR

Masjid Daing Abdul Rahman membuka peluang bagi yang ingin menginfaq kepada Tabung Kutipan Pembelian Van Jenazah bagi kegunaan masyarakat di kejiranan Nusa Idaman dan sekitarnya. Semoga penginfaq diberikan pahala berkekalan atas sedekah jariah yang diberikan.

Infaq boleh diberikan menerusi pautan di bawah: https://toyyibpay.com/Infaq-Van-Jenazah-MDARNI

Juga melalui akaun bank seperti yang tertera. Terima kasih, Jazakallahu Khair.

TABUNG INFAQ MASJID DAING ABDUL RAHMAN

Tabung ini bertujuan bagi menampung kos operasi seperti utiliti, pelaksanaan & operasi, pembangunan, aktiviti & program Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman.

Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman merupakan sebuah masjid yang telah tersenarai antara 27 masjid yang paling unik seluruh dunia bertemakan ‘industrialdan mesra alam. Masjid ini telah yang disiapkan selepas 2 tahun pembinaan dan telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.