Ihya Ramadan Program 1446H / 2025

IHYA RAMADAN TUBE

Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman akan membuka Tabung Ihya Ramadan untuk Tajaan Majlis Iftar (berbuka), Moreh dan Sahur, serta Program Ramadan disepanjang Bulan Ramadan 1446H yang bakal tiba.

Tabung Iftar (Berbuka Puasa)

Anggaran perbelanjaan sehari bagi program Ihya Ramadan adalah sebanyak RM2,300. Tajaan Ihya Ramadan dibuka kepada penyumbang sama ada untuk sumbangan penuh RM2,300 bagi tajaan sehari atau dipecahkan kepada 1 Lot Bahari iaitu RM115.00 untuk TUNGAN SATU (1 banyak) bahagian.

Selain sumbangan bagi tajaan dengan jumlah tetap seperti di atas, sumbangan bagi menaja Aktiviti Ramadan seperti Penyediaan Juadah Sahur, Program Bubur Lambuk, Perbelanjaan Mengurus Masjid serta aktiviti kemasyarakatan yang lain juga dibuka untuk para penyumbang. Dana terkumpul ini akan dugunakan bagi menampung perbelanjaan menyediakan Iftar & Moreh serta Perbelanjaan Operasi, Aktiviti dan Program Masjid.

Tabung Aktiviti Ramadan

Tabung Iftar
tabung sahur (10 Akhir Ramadhan)
Tabung untuk Program Masjid sepanjang Bulan Ramadan 1446H / 2025M

JOM MENYUMBANG

LAFAZ NIAT: SAYA BERNIAT BAHAWA TAJAAN INI ADALAH BAGI MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK BERBUKA PUASA / KEGUNAAN BAGI AKTIVITI MASJID SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA.

Sumbangan bagi Tajaan Iftar (berbuka) & Moreh bagi satu (1) hari berjumlah RM2,300 untuk Ihya Ramadan MDAR 1446H

Sumbangan Tajaan Iftar (berbuka) & Moreh bagi satu (1 banyak) bahagian berjumlah RM115 untuk Ihya Ramadan MDAR 1446H

Tajaan Aktiviti Ramadan termasuk Iftar, Suhoor, Bubur Lambuk, Perbelanjaan Mengurus Masjid serta aktiviti kemasyarakatan MDAR

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Semoga ada keberkatan untuk semua. Semoga Allah berikan ganjaran pahala kepada semua penyumbang. Amin.

Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak kepada anda, dan semoga Allah membalas anda dengan ganjaran yang terbaik.