SEJARAH RINGKAS - MASJID DAING ABDUL RAHMAN

    Surau pertama untuk masyarakat Nusa Idaman ditempatkan di sebuah rumah kedai berhampiran . Ianya berterusan hingga tahun 2010 sebelum rancangan untuk menempatkan semula dan membina surau baru di tapak masjid sekarang diusulkan. Pada akhir 2010, jemaah telah berjaya mengumpul sebanyak RM 36,000 dan pembinaan Surau Nusa Idaman akhirnya diteruskan.

Pada awal 2012 Surau Nusa Idaman telah diberi kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat.

Surau Nusa Idaman sebelum dinaik taraf menjadi masjid

Perancangan untuk menaiktaraf Surau Nusa Idaman menjadi masjid diteruskan pada 2017 apabila sumbangan terkumpul mencecah sebanyak RM 1.2 juta beserta dana tambahan yang diterima daripada seorang penderma.

Dalam jangka masa 2 tahun pembinaan, masjid tersebut akhirnya siap pada tahun 2019. Ia kemudiannya dinamakan Masjid Daing Abdul Rahman , Iskandar Puteri.

Masjid Daing Abdul Rahman mula beroperasi untuk jemaah beribadah pada awal’ Februari 2019.

Masjid Daing Abdul Rahman dikunjungi delegasi daripada JAINJ yang diketuai oleh Dato' Mufti Johor dan Timbalannya pada 4 Mac 2019 untuk menilai dan menganugerahkan pentauliahan masjid bagi pelaksanakan Solat Jumaat .

Alhamduillah, semuanya telah berjalan dengan lancar, dan pada 15 Mac 2019, Masjid Daing Abdul Rahman telah ditauliahkan serta diberi kelulusan untuk melaksanakan Solat Jumaat.