“Satu satu masjid unik di Johor”
– Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor
Program Maulidur Rasul
MDAR 2026
CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 2026
Alhamdulillah, pada 24 Ogos 2026, Masjid Daing Abdul Rahman (MDAR) telah berjaya melaksanakan Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2026 dengan lancar dan teratur hasil kerjasama, ahli jawatankuasa masjid serta seluruh komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, keampunan serta ganjaran yang berlipat ganda.
#MasjidDaingAbdulRahman #SemangatCintaRasul #IngatPengorbananNabi #MDAR #KorbanBerkat #MasjidKomuniti
Sekitar Sambutan Maulidur Rasul MDAR 2026
Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 2026 di MDAR dan Jamuan selepas Ceramah Perdana.
Pertandingan Anak Kariah Sempena Maulidur Rasul 2026
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan pertandingan Anak Kariah MDAR sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H.
Terima kasih khas buat ibu bapa yang memberikan sokongan, dan anak-anak yang begitu bersemangat menyertai pertandingan. Semoga usaha dan penglibatan semua mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. 🤲
Mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan, terkasar bahasa atau perkara yang mungkin tidak memuaskan hati sepanjang program berlangsung.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program yang akan datang. 🌹
Jazakumullahu khairan kathira.
Program Korban MDAR 2026
🐄 Program Ibadah Korban MDAR 1447H / 2026M 🐑
Alhamdulillah, pada 29 Mei 2026 (11 Zulhijjah 1447H), Masjid Daing Abdul Rahman (MDAR) telah berjaya melaksanakan Program Ibadah Korban dengan penuh lancar dan teratur hasil kerjasama para peserta korban, sukarelawan, ahli jawatankuasa masjid serta seluruh komuniti setempat.
Sebanyak 4 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah disempurnakan sebagai ibadah korban, seterusnya diagihkan kepada para peserta serta golongan yang memerlukan mengikut syariat Islam.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan program ini. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, keampunan serta ganjaran yang berlipat ganda.
Firman Allah SWT:
“Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj: 37)
Semoga kita dipertemukan lagi dengan ibadah korban pada tahun-tahun akan datang.
Masjid Daing Abdul Rahman (MDAR)
📍 Program Korban 1447H / 2026M
📅 29 Mei 2026
🐄 4 Ekor Lembu
🐑 11 Ekor Kambing
#KorbanMDAR2026 #IbadahKorban #Aidiladha1447H #MasjidDaingAbdulRahman #Korban1447H #SemangatPengorbanan #MDAR #KorbanBerkat #MasjidKomuniti #IbadahKorban2026
TERIMA KASIH
PARA PENGINFAQ PROGRAM INFAQ PEMBELIAN VAN JENAZAH MDAR

Masjid Daing Abdul Rahman ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penginfaq bagi Tabung Kutipan Pembelian Van Jenazah. Sasaran telah dicapai dan Van Jenazah bagi kegunaan masyarakat di kejiranan Nusa Idaman dan sekitarnya telah beroperasi. Semoga penginfaq diberikan pahala berkekalan atas sedekah jariah yang diberikan.
Terima kasih, Jazakallahu Khair.
TABUNG INFAQ MASJID DAING ABDUL RAHMAN
Tabung ini bertujuan bagi menampung kos operasi seperti utiliti, penyelenggaraan & operasi, pembangunan, aktiviti & program Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman.
