Program IHYA RAMADAN 1447h / 2026

TABUNG IHYA RAMADAN

Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman akan membuka Tabung Ihya Ramadan untuk Tajaan Majlis Iftar (berbuka), Moreh dan Sahur, serta Program Ramadan disepanjang Bulan Ramadan 1447H yang bakal tiba.   

Anggaran Perbelanjaan Sepanjang Bulan Ramadan Di MDAR 

Anggaran perbelanjaan sehari bagi program Ihya Ramadan di Masjid Daing Abdul Rahman adalah melebihi RM2,000 dan melebihi RM60,000 sebulan. Tajaan Ihya Ramadan dibuka bagi memberi peluang kepada kepada penyumbang untuk menginfaq bagi membiayai perbelanjaan bagi semua aktiviti Ihya Ramadan di MDAR.

Sumbangan juga termasuk bagi Aktiviti Ramadan seperti Penyediaan Juadah Sahur, Program Bubur Lambuk, Majlis Khatam Al Quran, Majlis Iftar Perdana, Sumbangan Ahli Qariah Memerlukan, Sumbangan Hari Raya Qariah, Perbelanjaan Mengurus Masjid serta aktiviti kemasyarakatan yang lain juga dibuka untuk para penyumbang. Dana terkumpul ini akan dugunakan bagi menampung perbelanjaan menyediakan Iftar & Moreh serta Perbelanjaan Operasi, Aktiviti dan Program Masjid.

Tabung Aktiviti Ramadan

Tabung Iftar
Tabung Sahur (10 Akhir Ramadhan)
Tabung untuk Program Masjid sepanjang Bulan Ramadan 1447H / 2026
Aktiviti Sepanjang Ramadan

JOM MENYUMBANG

SUMBANGAN BAGI IHYA RAMADAN SEPERTI LINK DI BAWAH ATAU QR CODE MELALUI TRANSFER KEPADA AKAUN CIMB MASJID (No Akaun 8601521353 – CIMB)81521353V8601521353

Tajaan Aktiviti Ramadan termasuk Iftar, Sahur, Bubur Lambuk, Perbelanjaan Mengurus Masjid serta aktiviti kemasyarakatan MDAR

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Semoga ada keberkatan untuk semua. Semoga Allah berikan ganjaran pahala kepada semua penyumbang. Amin.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء