MAJLIS PERASMIAN MASJID DAING ABDUL RAHMAN

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan berangkat merasmikan Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman, Johor Bahru pada 22 November 2019.

Baginda Tuanku Sultan turut menunaikan Solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan. Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan menantu, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.